Wednesday, 27 April 2016












HAMARA TRADING
(JM 0597035-D)

                                   NO.75, JALAN TEMBAGA MERAH 15,  TAMAN SRI SKUDAI
                                   81300 SKUDAI, JOHOR
                                   TEL : 07 -558 1300      FAX : 07 -588 4300

Pengenalan Syarikat

HAMARA TRADING merupakan syarikat hakmilik Bumiputera yang ditubuhkan di Malaysia pada 25 Mei 2011. Syarikat ini mula bertapak dalam industri pembuatan minuman di Johor Bahru, Johor yang khusus dalam pembuatan dan pengedaran pelbagai jenis pati minuman serta minuman kordial yang mudah disediakan.

Kawalan kualiti yang tinggi di HAMARA merupakan keutamaan dalam penghasilan produk-produk kami. Kawalan kualiti ini bermula dari pemilihan bahan mentah dari ladang hak milik sendiri yang disahkan menggunakan sistem bioteknologi serta bebas daripada penggunaan bahan kimia dalam tanaman untuk penghasilan tanaman kontan; hanya buah-buahan yang berkualiti sahaja digunakan. Produk HAMARA lebih dikenali dengan jenama HARA’S JUS serta mempunyai pengguna dan pelanggan tetap yang tersendiri.

Penghasilan produk HARA’S JUS terdiri daripada buah-buahan segar, tanpa bahan Pengekstrak, pewarna mahupun perasa serta hanya bahan-bahan asli dan dibenarkan sahaja digunakan. Tambahan pula, khidmat nasihat daripada MARDI digunakan bagi memastikan mutu produk adalah yang terbaik serta menepati citarasa pengguna. Oleh yang demikian, HARA’S JUS merupakan minuman tambahan yang masih mengekalkan mutu serta membantu menyihatkan badan para pengguna.


Oleh yang demikian, piawaian kualiti yang ketat telah memberikan HAMARA TRADING kelulusan serta memperolehi sijil HALAL dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan sijil MeSTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia. 


Maklumat Korporat

  

  • TARIKH DITUBUHKAN    :    25 Mei 2011
  •  ALAMAT PERNIAGAAN    :    
      No. 75,  Jalan Tembaga Merah 15                                                                                                Taman Sri Skudai                                                                                                              81300 Johor Bahru                                                                                                            Johor

Produk Pati Asamboi Kedondong



Pati Asamboi Kedondong berisipadu 1.2kg sebotol.  Sebotol pati ini mampu menghasilkan 45 gelas minuman berisipadu 250ml. Buah asamboi kedondong mengandungi khasiatnya yang tersendiri seperti:
    Meningkatkan tahap metabolisme badan
    Mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan
    Menyejukkan tubuh badan
    Membantu melawan penyakit asma, sakit tekak serta pening kepala

    Mengurangkan berat badan

Pati Durian Belanda



Pati Durian Belanda berisipadu 1.2kg sebotol.  Sebotol pati ini mampu menghasilkan 30 gelas minuman berisipadu 250ml. Seperti yang diketahui umum, buah durian belanda banyak kelebihannya yang tersendiri. Antaranya:
    Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress serta mampu memperbaiki sistem saraf
    melawan pembiakan cacing kerawit yang menyebabkan derria mengikut kepercayaan Suku Asli Guyana, buah durian belanda mampu meningkat pengeluaran susu badan

    membantu mencuci sistem buah pinggang yang telah dijangkiti kuman 

Pati Green Lemon




Pati Green Lemon berisipadu 1 liter.  Sebotol pati ini boleh menghasilkan 50 gelas minuman berisipadu 250ml. Pati Green Lemon terdiri daripada campuran buah limau kasturi dan limau nipis di mana ia mengandungi pelbagai khasiat yang tersendiri seperti:
    membantu meningkatkan kadar penghasilan insulin dalam badan
    mengawal suhu badan dan menghindar daripada demam

    membantu mengurangkan berat badan berfungsi sebagai antioksida

Jus Pati Asamboi Kedondong (Kordial)




Kordial Asamboi Kedondong berisipadu 1 liter . Sebotol kordial ini boleh menghasilkan 50 gelas minuman berisipadu 125ml. Khasiat buah asamboi kedondong tidak terjejas kerana ramuannya adalah daripada perahan buah asli. Khasiatnya adalah seperti berikut:
    meningkatkan tahap metabolisme badan
    mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan
    menyejukkan tubuh badan
melawan penyakit asma, sakit tekak serta pening kepala